Kursus Asas ICT Media Sosial Bersama AJK Surau As-Salam
6 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 4 dan 5 November 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10, Putrajaya telah mengadakan program Kursus Asas ICT bagi Ahli Jawatankuasa Surau As-Salam Presint 9 Fasa 10, Putrajaya. Program ini merupakan Taklimat dan sesi Pengenalan modul kepada ICT Media Sosial. Seramai 10 peserta yang terdiri dari ahli jawatankuasa Surau As-Salam telah mengambil peluang ini untuk mempelajari ilmu yang akan digunakan dalam urusan mereka seharian.
Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri kelas yang dianjurkan:
Program ini adalah usahasama antara pihak MCMC dan JAKIM bagi memberi pendedahan tentang teknologi yang sering digunapakai oleh komuniti sekarang. Ini adalah supaya peserta-peserta dapat menggunakan teknologi dengan lebih mudah dan berkesan. Pihak MCMC juga berharap agar ilmu yang diperolehi dapat dimanafaatkan dan disebarkan kepada kenalan dalam komuniti.
Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan:
- Petugas-petugas Pusat Internet 1 Malaysia dapat mengambil maklum perkara-perkara yang komuniti perlukan untuk menggunakan asas ICT Media Sosial.
- Peserta-peserta boleh berkongsi masalah dan perkara yang berkaitan dengan asas ICT Media Sosial bagi kemudahan mereka menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam telefon pintar mereka.
- Peserta-peserta dapat menimba ilmu dan pengalaman dari program yang dianjurkan oleh pihak MCMC ini.
- Mewujudkan hubungan yang baik antara petugas-petugas Pusat Internet dengan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: